Terima kasih.. saya sangat menghargai u'olls :)

Tuesday, January 11, 2011

HanieY Design Boutique Dah Ada Blogshop

Alhamdulilah...
Blogshop HanieY Design Boutique (HDB) dah 'create' pun  :)  Stok pun dah ada cuma nak buat foto shoot dengan model aje.. Harap sabar.. Tapi 'owner' HanieY Design Boutique sendiri yang dah tak sabar-sabar nak buat jualan kat u'olls..

HanieY Design Boutique ditubuhkan kerana ingin berkongsi citarasa gaya dan fesyen dengan u'olls. Konsep HanieY Design Boutique iaitu lebih kepada gaya feminin yang anggun. Disini HanieY Design Boutique akan menjual pelbagai jenis blause, t-shirt, dress, long pants, legging, shawls, accesories dan lain-lain lagi.. Semuanya akan di 'update' dari semasa ke semasa...

Jangan risau kerana HanieY Design Boutique juga mementingkan konsep gaya muslimah remaja yang inginkan gaya yang lebih menonjol tetapi bersopan. Sebenarnya saya 'admire' style Yuna...  :)

Saya sangat berharap HanieY Design Boutique akan berjaya seperti butik-butik online yang lain. Sebenarnya sebelum ini saya pernah membuka blogshop dan menjual selendang & shawl. Tetapi memandangkan waktu itu saya kurang kesungguhan dan kesuntukan masa maka ianya terkubur macam itu aje. Tapi kali ini saya harap saya dapat memberi kosentrasi kepada HanieY Design Boutique.

Akhir kata.. Selamat Maju Jaya kepada saya sendiri iaitu 'owner' HanieY Design Boutique dan kepada u'olls semua.. Selamat Bershopping..   :)

No comments:

Post a Comment